Tema Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa Kali ke-52 2010

Pada 27hb Julai, berlangsunglah Majlis Tilawah Al-Quran peringkat Antarabangsa seperti tiap tiap tahun.
Tema pada tahun ni ialah “Memantapkan Ukhwah Memperkasakan Ummah”.
Dari kecik lagi kalau terasa nak dekat bulan Ramadhan maka ada le Majlis Tilawah Al-Quran ni. Sayu je bila terdengar bacaan al quran..memang sinonim pada saya sebab saya teringatkan bulan posa pada waktu dulu dulu..:)

Gambar Astaka Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa

Berbalik pada tema tilawah al-Quran pada tahun ni, memntapkan ukhwah, bermakna perpaduan ummah di seluruh dunia. Kita perlu bersatu padu dalam menghadapi musuh musuh dan pihak yang nak pecah belahkan umat Islam. Memperkasakan Ummah dengan ilmu ilmu pengetahuan dan kesungguhan umat utk memelihara agama Islam tu sendiri.

Peserta Tilawah Al Quran Peringkat Antarabangsa
Peserta 76 orang dari 47buah negara.
Empat buah negara yang baru pertama kali menyertai ialah dari Kazakhstan, Surinam, Zambia dan Djibouti.

Qari dari Malaysia ialah dari wakil Wilayah Persekutuan, Wan Ainuddin Abdullah dan qariah Johor Nor Azrah Ayub yang masing-masing muncul johan qari dan qariah Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan ke-53.

Hadiah:
Johan qari dan qariah akan membawa pulang piala pusingan, piala iringan, wang tunai RM15,200 (AS$4,000) serta cenderamata dan sijil penyertaan.
Naib johan pula akan menerima wang tunai RM11,400 (AS$3,000), cenderamata dan sijil penyertaan, manakala tempat ketiga akan menerima wang tunai RM7,600 (AS$2,000), cenderamata dan sijil.

Sumber:Bernama
http://wpkl.jkr.gov.my/?p=3811

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

2 Responses to “Tema Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa Kali ke-52 2010”

  1. Fyzal says:

    moga2 ummah kita menjadi semakin perkasa.. InsyaAllah.

  2. caliph shuriken says:

    insyaAllah…

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold