Menjelang Bulan Ramadhan

Malam ni malam Nisfu Syaaban, bermkna ada 15 hari lagi nak sambut puasa. Sesetengah tempat pada malam nisfu syaaban orang akan baca Yassin, tapi kita boleh baca yassin pada bila bila masa, dan tak diwajibkan pun membaca sebanyak 3 kali seperti kebiasaan yang selalu kita dengar. Buatlah seikhlas yang kita mampu itu dah cukup.



Pakat menempah baju raya
Walaupun tak sambut puasa lagi, tapi dah ramai pi tempah baju di kedai kan?ahaha! jgn tipu..ngaku jer.. dan ada yg dah plan nak pakai baju tema pe raya tahun ni kan, ada nak waner purple, nak wane oren cam Belanda, nak waner biru laut..nak hijau pucuk pisang ke?semua bolehh..
nak baju kurung kebaya, nak kurung moden, nak kurung riau, nak sutera cina nak sutera terengganu..boleh belaka..ahahah!!
ayah mak dengan anak sepesen je wane, tapi bagus le tu, menampakkan keserasian, kebahagiaan dan menambahkan lagi seronoknya nak beraya kan.

Budaya Berbuka Di Hotel
Orang kata puasa ajar kita berjimat cermat, tapi bulan posa ramai orang membazir, pakej makan di hotel berpuluh puluh ringgit, paling mahal ratus ratus. Tak posa lagi sibuk kisah hal nak buka posa di hotel.
 Biasa le pejabat pejabat buat majlis berbuka kadang kadang tu, pakai duit syarikat,  emm ada yang tak kisah, sebab duit syarikat, bukan duit dia..makan pakej beratus ratus..apa kesah kan.

Kecoh sijil halal, Sijil halal ada 60 lebih je, tapi hotel beratus beratus di Malaysia.
Awat bulan posa baru nak kecoh? sepanjang hari hari tak bulan posa.. tak penting ke ada sijil halal tu?

Belanja makan paling banyak walaupun bulan puasa..
Ni cite pi bazaar ramadhan, tengok yang tu nak, tengok makanan ni nak..tengok cincau, tengok mee rebus, paling kanan ada satay, paling kiri ada bihun sup, pi ke depan ada ikan bakar… lagi depan ada ayam percik, ayam golek..hujung lagi de nasi kerabu, aik tak lupa lagi de kuih muih lak, pemanis mulut, kui tepung pelita, kui kasui, pulut panggang ..wuhahahah!! macam pesta makan kan?
Tak cukup tangan, sampai pegang dengan mulut beg plastik kuih kuih lauk pauk tu.
Nafsu kalau tak boleh kawal, semua nak telan tapi tak sedaq diri perut tu kecik… nak sumbat semua. Last last dah kenyang tegolek tak pi terawih..kalahkan ulaq sawa telan kambing seko..heheh!!

Selamat berpuasa dan selamat bangun sahur
Bulan posa ni pakat pakat kita bangun sahur, sebab sahur tu amalan dan sunnah nabi..seteguk air pun dah cukup kalau tak lalu sangat.
Rasa bersyukur kan..ada lagi kesempatan kita bertemu bulan mulia dan penuh berkat, penuh rahmat tahun ni. So bulan ni le kita nak mencari keredhaan dan buat amalam amalan baik dengan pahala berlipat ganda.
Ingat pada orang orang yg kurang bernasib baik, yang miskin, yang daif, supaya kita ambil iktibar dan bersyukur dengan rahmatNya yang berlimpah ruah serta banyak bersedekah.

Selamat Berpuasa…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Menjelang Bulan Ramadhan”

  1. Muhammad Nasir says:

    selamat menyambut ramadhan al-mubarak

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold