Mencari Salah Orang..Diri Sendiri Apa Cerita?

Pernah dengar ayat “kuman seberang laut nampak..gajah depan mata tak nampak”

Kalau seseorang tu buat salah, senang je orang lain nampak buruk orang tu. Dalam banyak banyak benda baik orang tu buat, atau orang tu pernah berjasa, dalam sekelip mata je hilang lenyap ditutup dek kesilapan atau keburukan yang pertama kali mungkin orang tu buat.

Kemudian sesuka suki menilai si polan si polan ni teruk..begini..begitu..lagi teruk lagi menjaja hal keaiban orang dan keburukan orang.

Amat mudah je bagi orang nak menuduh, menyalahkan orang, sedangkan dia sendiri tak pernah menilai diri


dia. Aib sendiri ditutup rapat, aib orang pulak dijaja. Macam dalam dunia blogging le jugak, ada yang suka menghentam dengan ayat tak tertapis, menegur dengan bahasa yang teruk, mengeji dan mengumpat blogger lain. Diri dia sendiri..apa cerr…?
Mungkin menggunakan bahasa yang lembut tak “cool” , nampak skema kot..jadi digunakan le perkataan pedih yang orang suka baca.

Tegur atau komen dengan bahasa yang menampakkan diri kita tu bijak..kalau tak suka post orang tu kita tak payah baca, atau kita diam dari berkata kata. Diam lebih baik daripada menyakitkan hati orang lain.
Kalau rasa tak suka tulisan orang, mungkin ada 10 orang lagi suka,

Kita asyik bercakap apa benda kita tak suka.. apa benda kita meluat..apa benda yang kita benci  pasal orang lain..satu jari menunding orang..empat jari lagi menunding ke arah diri kita balik.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

7 Responses to “Mencari Salah Orang..Diri Sendiri Apa Cerita?”

  1. .::WaNiE::. says:

    uiks mengapakah kamu

  2. nuriz says:

    tak de pe..melepas gian heheh

  3. ozzy says:

    salam…
    Perkara ni telah diduga sedari awal sewaktu mula2 buka blog dulu.. sememangnya kita manusia ada berbagai ragam dan kerenah x dpt di elak..sebaiknya dlm dunia blog ni x payah emo sgt..lebih baik santai utk tidak memberatkan fikiran

  4. nuriz says:

    sebenarnya post ni adalah tentang sesetengah org yg suka menyalahkn org lain, dalam dunia blogging mcm dunia kehidupan di luar jugak..umum je.. :) sy masih ceria lagi

  5. belalang hijau says:

    sifat menyalahkan org lain bukan dalam dunia blog jer…
    belalang baru nak buat entry mcm nih gak…
    perkara yang berlaku pada belalang baru2 nih…
    1000 kebaikan akan tertutup dek sebab 1 kesilapan…

  6. nuriz says:

    dunia blogging pun penuh cabaran..lumrah manusia kan

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold