Imam Muda Bagai Superstar Di Akhbar Switzerland

Imam Muda mencetuskan fanomena luar biasa, di Malaysia sememang sudah sedia maklum rancangan ni memang mendapat sambutan. Makcik makcik memang berkenan benar dengan calon calon imam muda, kalau boleh nak buat menantu.
Rupa-rupanya media dan akhbar di luar negara pun membuat liputan meluas tentang rancangan imam muda ni. Akhbar harian “Tageisanzeiger” di Switzerland dan Jerman. Mereka menggelarkan imam muda ni bagaikan superstar.

 Antara muka depan akhbar harian di Switzerland

Sebab apa? Sebab imam imam muda ni mendapat perhatian ramai peminat peminat, terutama wanita..huhuhu!! Mereka kagum dengan kebolehan kepandaian mengaji, berkhutbah, berdebat atau mungkin

 kekacakan dan aura yang ada di wajah wajah imam muda ni kot.
Mungkin peminat wanita duk termimpi mimpi calon suami mereka macam imam-imam muda ni..heheh!!

Imam Muda dah hampir ke penghujung, miggu depan kita akan tahu siapa akan dipilih jadi imam muda terunggul antara Hizbur dan Asyraf. Walaupun ada jugak yang memandang serong rancangan ni, tak kurang jugak yang mengatakan rancangan ni hanya nak cari untung, terutama pihak Astro, memang stesen swasta nak cari untung, tapi lihat lah pulak apa kebaikan dari rancangan ni.

Tidak kah rancangan ni memberi banyak faedah pada semua? sedikit sebanyak membuka mata dan menunjuk contoh teladan yang baik kepada generasi muda yang semakin hilang arah dan banyak keruntuhan moral yang memalukan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

6 Responses to “Imam Muda Bagai Superstar Di Akhbar Switzerland”

  1. Ismail Noh says:

    Memang betul. Astro memang nak ambil untung. Tapi jangan lah pandang pada keburukan semata-mata ssedangkan kebaikan yang ada ditutup. Rasanya program ini lebih banyak manfaatnya :)

  2. Nur Hawa Mohd Zin says:

    semoga rancangan ingin akan membuka mata dunia dan neg islam lain

  3. nughul says:

    hihi tingt ai2 b0rak ngn kawan..dia ckp nie laa cal0n2 menantu mak dia..

  4. aZLiNa aZiZ says:

    Salam ziarah. Sokong Progrm Imam Muda, At least, ada juga program keislaman di celah2 hiburan.

  5. ShAhAnIm says:

    bagus rancangan nie, leh cari bakal imam muda yg baru tuk generasi akan datang….

  6. Ahmad Zaki says:

    Assalamualaikum…

    Sejak munculnya rancangan "Akademi Fantasia" yang pertama, saya telah berkata pada diri saya sendiri; "alangkah bagusnya jika mereka yang berkenaan buat rancangan yang lebih baik yg mungkin boleh dinamakan AKADEMI ALQURAN…"

    Tapi dengan adanya IMAM MUDA, secara tak langsung ianya dapat juga memenuhi impian saya melihatkan rancangan bercirikan keIslaman. TV sudah banyak sangat rancangan hiburan dan slogan yang mengampu…

    Lebih baik juga kalau Islam diterapkan sepenuhnya dalam sistem perundangan Malaysia,barulah tepat dengan status Malaysia sebagai Negara Islam

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold