Cara Resize Gambar Yang Banyak Sekaligus Dengan Fast Stone

Selalu kita ambil gambar guna kamera digital sekarang, semua camera dah semakin canggih dan semakin besar megapixel, kualiti gambar pun bagus, size pun besar.
Kalau beratus ratus keping gambar dalam hard disk komputer tu, tentu makan ruang jugak. Nak simpan sebagai kenangan, nak cuci semua mau parak poket tu.

Jadi nak jimatkan ruang Hdd dalam pc tu, kena le resize gambar tu. Nak resize gambar semua sekaligus macam mana? Mesti ada yang dah tau nak resize gambar, ada yang guna Photoshop, ada guna Photoscape dan ada guna Picasa atau image resizer lain.
Kalau resize satu satu penat wehh..lambat lagi. Photoscape pun boleh guna dengan Bacth Editor tu..

tapi kali ni saya nak cite cara nak resize gambar guna Fast Stone. Fast Stone ni lebih kurang macam Photoscape jugak, boleh edit gambar, boleh letak watermark sekaligus atas gambar yang banyak, cropping, color adjustment, removal red eye dll.

Mula mula kita install Fast Stone. Free je.
Download le Image Viewer  tu.

Pastu bukak Fast stone yang dah diinstall.
Pilih folder yang ada gambar yang nak  resize tu.

Pilih Tool > Batch convert selected images

Keluar satu tetingkap ni:

a – Add atau Add all untuk masukkan gambar atau pilih gambar yang nak resize.

b – Bila dah masuk gambar, Namakan Output Folder (tempat simpan gambar yang di resize)

c – tandakan box Use Advanced Option

d -Klik Advanced option

, keluar satu lagi box mcm kat bawah ni

Pilih la size yang sesuai . Tekan OK. dan  balik ke tetingkap batch convert tadi dan tekan Convert yang bertanda e.

Tunggu le process resize tu sampai done.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

3 Responses to “Cara Resize Gambar Yang Banyak Sekaligus Dengan Fast Stone”

  1. mohammka7476 says:

    baca post menarik sambil nuffwalking…sorry x blh nak chat kat shoutbox sbb ada error so comment kat sini ler..tq n mai tgk n3 baru sy

  2. BroZooL says:

    Nuriz,kalau resize gambar ni adakah gambar tu tetap kekal kualitinya ?
    BroZooL recently posted..Tutorial Buat DropDown Blogroll

    • nurizspace says:

      saya ni bukan pandai sgt bab ni, tapi apa yg saya tau kalau dari asal gambar tu pixel nya dan sememang besar dan berkualiti, kalau kita resize pun tak menjejaskan gambar tu.
      Bagi gambar yang pixel rendah kita besarkan atau kecilkan pun memang sure gambar tu tak jadi elok.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold