Bajet 2011 Tetapkan Rentak Transformasi Ekonomi, 4 Tonggak Agenda Transformasi Negara

Bajet 2011 akan dibentang pada 15hb Oktober 2010. Bajet 2011 ini menetapkan rentak transformasi ekonomi, ke arah ekonomi maju dan berpendidikan tinggi menjelang 2020.

Ada 4 Tonggak yang penting bagi mencapai transformasi ekonomi ni :
1.Konsep 1Malaysia
2.Program Transformasi Kerajaan
3.Model Baru Ekonomi (MBE) dan
4.Rancangan Malaysia Ke-Sepuluh (RMKe-10) 

Bajet kali ini akan mengaktifkan Lima Teras Strategik yang digariskan di dalam RMKe-10.
Lima Teras Strategik itu ialah:

 Teras pertama
Menggubah falsafah dan pendekatan kerajaan ke arah mentransformasikan Malaysia dengan metodologi Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dan Prestasi Petunjuk Utama (KPI).

Teras Kedua 
Mewujudkan persekitaran kondusif bagi menggerakkan pertumbuhan ekonomi.

Teras ketiga 
Menuju ke arah pembangunan sosioekonomi secara inklusif.

Teras keempat 
Membangun dan mengekalkan modal insan bertaraf dunia

Teras kelima
Mewujudkan persekitaran kondusif ke arah mempertingkatkan kualiti hidup.
 

Sumber : Bernama

Bonus 2 bulan gaji
Selalu bila bajet nak bermula, mesti ada soalan soalan atau permintaan  macam…bonus ada tak, elaun ada tak..?
Cuepacs berharap sangat kerajaan akan bagi bonus 2 bulan gaji kepada kakitangan kerajaan. Tak banyak…bonus dua bulan gaji je. Tu le yang diharapkan oleh Presiden Cuepacs Omar Osman.
Tahun lepas kerajaan tak boleh bagi sebab kegawatan ekonomi, tahun ni harap harap boleh kot ye Pak Najib.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold