Meyingkap Rahsia Tulisan Tangan

Kat sekolah dulu sapa yang tulisan buruk atau mcm cakar ayam, siap le kena ketuk dengan pembaris. Sisi pembaris tu cikgu amik dan diketuk atas buku jari huuuuuu pedih tuuu sampai tulang hitam.. Lain kali tulis bagi lawa sebab takut diketuk lagi.

Kalau dah pandai cam doktor kau tulis le cam cacing kerawit pun tak de sapa marah sebab kau doktor.. heee…doktor dengan mici je pandai baca tulisan cacing kerawit tu.

tulisan tangan ku

Ya! sememangnya saya punya tulisan yang tak cantik..dulu dalam majalah kanak-kanak selalu ada pertandingan tulisan cantik, saya nak jugak masuk sebab perasan tulisan lawa atau saja suka suka hehehehe!!
Buat malu je wehh!! Adakah sebab saya suka melukis maka tulisan saya tak cantik heeee!!

Dulu masa kat dalam kuliah atau kelas, bila time cikgu or pensyarah bagi nota dengan cara bacaan je student student pakat kalut salin nota, amik point penting penting, mana tau masuk dalam soalan exam lak..pakat le tulis dengan sepantas pantasnya..ada yang tak sedar dia tulis sampai langgar sempadan kawan sebelah..tulis  atas nota kawan yang duk tepi..wah!!  syok kawan tu..ada orang tolong tulis nota kat dia…heheheh..!! Punya semangat nak menulih tu.

Bila dah habis tulis..balik bilik tengok balik nota td ..ishh!! pe kebenda aku tulis ni..aku sendiri tak paham wahahahah!! (gelak kat diri sendiri) padan muka aku.

Dah habis meraban bab tulisan…(td aku takde idea..cemana aku meraban lebih huuuu), sebenarnya nak cite
Rahsia Tulisan Tangan dan Personaliti

Kenal bentuk tulisan:
Tulisan bulat bulat: Orang tu seorang yang emosional, prihatin, penuh kasih sayang, alert dengan persekitaran, seorang yang kreatif dan selalu guna otak kanan.

Tulisan tajam atau leper: Seorang yang rasional, bekerja dengan sistematik, guna otak kiri banyak dan pandai mengurus.

Kecondongan tulisan:

Condong ke kanan :Suka bercerita, peramah, extrovert, suka bergaul dengan orang, berani , pemurah dan boleh memimpin.

Condong ke kiri: Intovert, menyendiri, pendiam, pemalu, payah berubah, setia pada keluarga, tak pandai bergaul dengan orang, tapi setia dengan kekasih atau negara.

Tulisan yang bercampur campur, sekajap kiri, sekejap kanan, sekejap besar sekejap kecik..
Orang tu berada dalam keadaan tak stabil, emosi yang sedang kacau atau tengah marah…huuuu

Tulisan tegak: Mudah kawal diri, yakin, tak suka bergaduh atau masuk campur hal orang. Suka ambil jalan tengah.


Tulisan dan jarak:
Rapat-rapat: Orang yang suka bergaul, rapat dengan orang, atau bergantung pada orang lain, dan suka jimat jimat.

Jarang-jarang : Tak suka bercampur orang, kurang mesra atau boros.

Tekanan pada tulisan:
Tekanan kuat dan boleh nampak kesan: Seorang yang yakin, bersemangat, cergas dan sihat, agresif dan lincah.

Tekanan yang ringan: Kurang tenaga, tidak begitu yakin, atau seorang yang lemah lembut, bersahaja.


Tulisan saya jenis yang mana? saya kadang kadang ke kanan, kadang kadang tegak hehehe..jadi personaliti saya campur campur le kot..ahahaha!!

Kajian pada tulisan ni diambil dari kajian Dr Fazilah Kamsah..so mungkin ada benar mungkin jugak ada yang tak berapa tepat. Selalunya bukan 100% ketepatannya. Cuma nak berkongsi je rahsia tulisan tangan bagi seseorang, tulisan jugak menunjukkan personaliti kita.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

13 Responses to “Meyingkap Rahsia Tulisan Tangan”

  1. senandung semalam says:

    xpenah kene ketuk ngan pembaris sbb tlsan cntk..
    heheeee

  2. Amir Izzat says:

    huhu..amir tulisan yang bercampur2 laa…mungkin emosi tak stabil nie….. adoi2…thanks!

  3. suzzsuzie says:

    tulisan tak sama kadang2…tengok jenis pen apa yang dipakai…

  4. belalang hijau says:

    belalang rase tulisan belalang yg condong ke beselah kiri kot…

  5. nuriz says:

    betul tu suzie..kdg2 nak tulis ke kiri kadang2 nak ke kanan, atau nak tukar pesen menegak lak

  6. wadud@duad says:

    wadud tulis tangan kiri..
    caner ekh?
    huhuhuh.. :(

  7. nuriz says:

    org tulis tangan kiri ni spesel cikit hehehe…

  8. NiZaM Limited says:

    wahh..nice info..

    tulisan saya bulat2 je..
    kawan skolah dulu bila jumpa balik dia ckp tulisan saya tak ubah pon wlpn dah lame tak jmpe..still bulat2 mcm dulu..ahaks..

  9. Are-Gya says:

    tulisan ku bolat2 n kekanan..tp x kuat..huhuhuhu

  10. Izan Ishak says:

    teringat masa zaman sekolah rendah…suka sgt tukar jenis tulisan. kejap senget ke kanan..lepas tu ke kiri.. konon cantiklah tu.
    tp, paling buruk tulisan bila time mengantuk dlm bilik kuliah… keluar kelas tak tau apa yg di tulis~

  11. Hami Asraff هامي أشرف ™ says:

    Saya condong ke kanan. –> Condong ke kanan :Suka bercerita, peramah, extrovert, suka bergaul dengan orang, berani , pemurah dan boleh memimpin. <– Ada yang kena juga dengan kriteria ni :)

  12. RaMa2UnGU says:

    ngehehehehe…
    kite nye tulisan tegak, rapat2 dan panjag22..tekanan sederhana..

  13. .::WaNiE::. says:

    tulisan tangan saya tak cantikkkk

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold