Brazil vs Korea Utara, Keputusan Brazil Menang 2-1

Pagi tadi saya dapat peluang tengok Piala Dunia antara Brazil dan Korea Utara. Keputusan Brazil 2 , Korea Utara 1. Walaupun saya bukan suka sangat tengok Piala Dunia hehe..tapi kalau dengar team Brazil main memang suka dan teringin jugak nak tengok.

Tambah tambah lagi ada pengulas sukan berkarisma Dato Rahim Razali, dari dia muda hingga ke veteran ni dia masih lagi jadi pengulas sukan. Gaya dia ulas sukan tu memang syok le dengar.


Saya sempat tengok sepakan paling sukar dari Maicon tu yang menjadi gol pertama bagi Brazil dalam perlawanan dengan Korea. Memang sempit sudut tu hampir hampir nak kena tiang gol. Hebat betul sepakan tu. Macam pengulas suka kata, pemain Brazil memang banyak skill dan mampu menggelecek bola walaupun diasak dan dikepung lawan, macam dalam perlawanan dengan Korea ni semua pakat kata pertahanan Korea kuat dan luarbiasa. Sebab separuh masa pertama Brazil tak mampu pun nak tembus gol tu.

Dalam separuh masa pertama, yang banyak buat serangan ialah pasukan Brazil, dan Korea Utara pakat kumpul dalam kotak penalti tu aje. Takut nak buat serangan awal agaknye sebab Brazil ni ganas ganas belaka. Akhirnya dapat gak Korea bubuh 1 gol..bolehlah dari takda langsung kan.

Maicon

Kira puas hati le saya dapat tengok bola dengan gerakan pemain yang Brazil yang hebat tu, boleh le saya hafal dan kenal pemain yang handal macam Robinho, Kaka dan Maicon hehe..

Team Brazil
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Brazil vs Korea Utara, Keputusan Brazil Menang 2-1”

  1. Farihah Ahmad says:

    ha'a game awal pg td memang best!

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold