Terima Kasih Cikgu..

Hari Guru selalu disambut 16 Mei tiap-tiap tahun..masa tu anak-anak murid cikgu akan bagi ucapan, bagi hadiah, ada majlis, persembahan dan mcm2 lagi le nak rai hari guru.

Teringat masa sekolah dulu, kalau hari guru, mesti ada kenduri, makan free, tu yang best tu.. sapa tak nak kan? Cikgu dah pesan awal-awal bawak pinggan dan cawan. Sekarang makan dalam polistrin,  tak payah bawak pinggan..ok tak nak cite bab mkn dah hehe..

Nak cite bab lain…cite cikgu cikgu. Wajah-wajah cikgu ku  yang tetap terpahat dalam ingatan, biarpun dah lama tinggalkan zaman sekolah, zaman tadika, darjah 1, 2, 3, 4, 6…naik tingkatan 1-6, guru-guru silih berganti..sekarang masih terbayang-bayang cikgu cikgu yang pernah mengajar aku dulu. Alangkah syoknye kalau dapat balik ke zaman tu hehehe..retro sikit ni..

Cikgu-cikgu yang terpahat dalam ingatan ku

Cikgu Mariam (masa Tadika)
Cikgu Mariam dan kami panggil dia cikgu Yam saja, baik hati, lembut, paling tak dapat lupa rambut cikgu Yam yang lebat macam rambut Zaiton Sameon, bila dia senyum..manis sekali, sekarang cikgu Yam dah pakai tudung..hehe. Cikgu Yam sabar je walupun byk karenah budak-budak mencabar kesabaran cikgu Yam..tulah sifat sifat cikgu yang terpuji..

Cikgu Rahmah (masa Darjah 1) 
Cikgu Rahmah mengajar aku di 1 Biru dulu, dia suka pakai baju kebaya, lembut dan tegas orangnya, paling seronok time dia mengajar Bahasa Melayu, dan sesi main teka teki. Dia cikgu kelas yang boleh kata ada sifat keibuan le. Sapa nakal mesti kena ketam batu dia(cubit le).

Cikgu Ismail (masa Darjah 2)
Cikgu paling sporting dan suka buat lawak, macam bapak kitaorang je, dia cikgu kelas aku masa Darjah 2, dalam lawak dia tu, garang jugak, biasa le cikgu laki sekali jeling, budak budak dah takut, zaman le ni tak tahu le, mungkin budak budak buat donno je kalo cikgu jeling..silap2 dia jeling cikgu balik.

Cikgu Azizah (masa Darjah 3)
Cikgu Azizah cikgu kelas aku gak, dia ngajar Bahasa, Matematik, dan lukisan. Cikgu Azizah ni cikgu yang garang, aku ingat lagi dulu, aku terlupa bawak kertas lukisan, dan tak beli di kedai koperasi sekolah, memang kena rotan tapak tangan, wahh!! pedih giler, merah tapak tangan, huuu ingat sampai sekarang.

Cikgu Badariah (masa darjah 6)
Cikgu ni muka dia lawa macam muka Dian P Ramlee, lembut je, ada tahi lalat kat pipi, dalam lembut dia tu, dia le cikgu paling garang, fuhh sekali dia marah takut nak tengok muka dia, dia suka tampar budak yang buat salah kat tengah belakang atau pun rotan tapak tangan.  Biasa le darjah 6 nak UPSR, cikgu nak pelajar tak malas2 dah.

Cikgu Mohd Nizar (Ting. 1)
Cikgu ni ngajar aku subjek Math. Cikgu paling serius dan kuat hisap rokok, dia suka hisap rokok gudang garam. Zaman tu sekolah tak larang cikgu hisap rokok di kawasan sekolah lagi. Cikgu Mat Nizar ni, jadi guru yang jaga Library gak, kalau masuk Library, mesti bau rokok gudang garam dia tu.
Dia pun cengei gak orang kedah kata, tiap kali masuk..trademark dia ialah nak tengok lantai kelas cuci bersih, habuk pun tarak..kalau kotor, dia akan denda satu kelas. Denda dia mudah je..duduk bawah meja, belajar bawah meja sampai la masa dia tamat. huhu..

Cikgu Abriza ( masa Ting. 3)
Cikgu Kemahiran hidup ni namanya cikgu Abriza, cikgu ni paling garang, kelasa dia kalo masuk je, mulut tak leh bising, dalam kelas dia sunyi senyap. Kalau dia marah, mata dia bulat macam nak keluar hehe..huu takut tengok. Dia datang kelas naik kete mini cam Mr Bean tu, tapi wane putih. Cikgu ni ajar jugak kelas masak, kalau lalu tepi kelas masa time dia wat kelas masak, bau wangi je..bau kek, bau makaroni  le… aiii macam2 bau yang sedap.

Cikgu Pazilah Jusoh, ( Form 6)
Cikgu paling rugged, bergaya, cool dan suka buat lawak dalam sesi dia ngajar Bahasa Melayu, dan kerana cikgu Pazilah ni le, yang garang dan tegas byk student dia score A dalam STPM,  termasuk le aku..hehe. Nama dia macam nama pompuan, tapi dia cikgu lelaki ye. Macam Fazilah Kamsah tu.
 Kalau dia nampak kami macam mengatuk je, dia mula le buat lawak dengan cite-cite dia yang memang buat kami gelak sampai sakit perut.

“Hampa nak gelak..gelak ja..tak cukup lagi ..hampa pi gelak guling guling atas lantai tu…” dia suruh kami gelak puas-puas hehe!

Dia suka sebut “orang sini” tu kat pelajar dia. “Kalau orang sini nak dapat A, orang sini kena le rajin, rajin tanya, rajin belajar rajin semua…”. Tu la lebih kurang ayat dia, kalau dia cakap dengan anak murid dia.

Terima kasih cikgu….sekarang cikgu Pazilah, dah naik pangkat jadi guru Pen. Kanan  dekat Kolej Sultan Abdul Hamid, tempat kolej Tok Det (bekas PM) kita belajar dulu.
Cikgu ni aktif tulis cerpen, sajak dan cerpen dia pernah menang dan ada sekali tersenarai bersama penulis tersohor yang lain, macam Zaharah Nawawi.
Cikgu Pazilah, pernah citer, dia boleh la lepas bil api letrik sikit, dengan duit bayaran tulisan sajak dan cerpen yang keluar paper..uuuu kagum-kagum dgn cikgu Pazilah, yang suka merendah diri.

Tu le antara cikgu-cikgu yang masih terpahat di ingatan ni..yang paling terkesan di hati ni..korang pun mesti ada memori yang tak dapat lupa tentang cikgu-cikgu yang pernah menabur budi dan bakti kat korang masa sekolah dulu kan?

Memang tak ternilai la semua penat lelah cikgu-cikgu yang mengajar kita, dari kita tak kenal huruf, nombor,,sampai lah kita dah boleh tulis, baca dan menjadi apa yang kita jadi sekarang..selalu le kita doakan cikgu-cikgu kita, yang masih ada, dan jugak yang telah tiada, jangan dilupakan pulak. Orang kata ilmu tu tak berkat kalau kita derhaka kat cikgu, melawan cikgu..tu yang jadi benda-benda tak elok la ni.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

15 Responses to “Terima Kasih Cikgu..”

  1. Nur Hawa Mohd Zin says:

    awe pun still ingt nama ckgu, masih dok msg n lepak sama..sebab mereka mmg best!!!

  2. encik tikus says:

    sudah lupe lah sape name cikgu tadika saye :(

    rindu nak skola balik,:((

  3. nuriz says:

    wah cikgu spoting leh main sms lgi hehe

  4. princeduyong says:

    terima kasih cekgu…

  5. Uda says:

    bagus nuriz masih ingat nama semua cikgu yg pernah mengajar..

    uda tak ada cikgu tadika sebab masa kecik tak pi tadika..

    kebetulan cikgu darjah 1 pun nama dia Rahmah .. amat peramah dan lemah lembu org nyer..

  6. nuriz says:

    wah nama sama lak Rahmah memang peramah dan lembut hehe

  7. Nur Hawa Mohd Zin says:

    tu lah yg best tu kak nuriz sebab ckgu2 layan kite cam member tp kite kena ada batas gak ngan ckgu

  8. cik iman says:

    kalu chekgu aliran normal..biasenye murid akan ingati..
    tp berbeza ngan guru aliran khas…
    kalu murid yang xleh bertutur..tetb leh sebut chekgu…tulaaa plg nikmat..")
    slmat hari guru kepada semua y meraikan..")

  9. Hasrol Nizam says:

    memang tak ternilai jasa2 cikgu ni. biarpun sekarang dah kurang contact cikgu2 ni, tapi still igt lagi jasa diorg..

  10. shameel Iskandar says:

    saya sayang guru-guru saya sejak sejak sekolah rendah hingga menegah.

    tanpa disangka, hari ini saya juga menjadi seorg guru, kerjaya yg tak pernh saya cita-citakan sebelum ini.

  11. nuriz says:

    doakan cikgu2 kita selalu

  12. Nur Hawa Mohd Zin says:

    amin…InsyaAllah

  13. dunspeak♥ says:

    kenangan besama cekgu2 mmg indah..skang diriku plak bakal jd cekgu..huh..mencabar rupanya tugas cekgu nieh!!baru ku taw~

  14. ░♥si lampu neon♥░ says:

    aku tak ingat arr sape cikgu2..ingat cikgu yang dulu suka main2 mata je..cikgu ustad kerol..masa form 4.. hahaha

  15. nuriz says:

    ahaha cikgu yg ngorat je yang ko ingat…ahaha..

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold