Internet Boleh Elak Nyanyuk/ Pelupa

Bagaimana Internet  & Teknologi Boleh Pengaruhi Kesihatan Kita
Adakah tajuk ini cukup boring, Apa Internet Boleh Buat Pada Kesihatan Kau? Boring ke tajuk ni?
Nak cerita pasal usia, kemurungan dan sindrom pelupa. Semakin kita berusia, atau lain kata semakin tua, maka otak kita akan jadi lambat bertindak, sel sel otak kurang aktif , kecut atau berkarat, lambat buat keputusan dan bertindak.
Daya ingatan pun kureng atau semakin pelupa. Jadi otak perlu dirangsanag  untuk kembali aktif.

Pernah main kan game seperti Sudoku, chess atau teka silang kata, tu antara game yang mampu merangsang otak jadi lebih aktif. Boleh elakkan kita jadi pelupa cepat. Sekarang serve internet. Jadi internet pun mampu rangsang otak. Tapi Internet pun ada jugak kesan +ve dan -ve nya..

Kesan +ve Internet Pada Otak
Kajian oleh seorang pakar di Carlifornia namanya Gary Small, (boleh search nama dia di Google) dia pakar dalam bidang Memory, Brain & Aging. Katanya bila seseorang melayari internet, otak akan jadi aktif dan kita semakin cepat membuat keputusan  dan bertindakbalas.

Kajian ke atas golongan berusia 50-an (kalau di Malaysia golongan ni dah pencen) mendapati ada berlaku pertumbuhan sel otak apabila golongan berumur ni menggunakan internet. Golongan ni mampu membuat keputusan cepat, dan menyelesaikan masalah yg kompleks.

Jadi Blogging pun salah satu aktiviti yang bagus untuk otak, sebab kita menulis, berfikir, dan membaca. Jadi teruskan blogging sebab otak kita jadi cergas.
Kita jugak umpama penulis buku, bila kita menulis, kita cuba berkreatif, dan mencari kelainan atau mengupas sesuatu topik dengan lebih baik..cara tak langsung, minda kita makin aktif. Chaiyok2!!

Kesan -ve pulak
Kesan yang agak buruk pulak pada fisiologi atau fizikal, contohnya, mengadap terlalu lama di depan skrin komputer, sakit tengkuk, sakit mata, sakit belakang badan, dan sakit sendi jari .
Tu kalau obses sangat serve internet. Berapa jam kita spend time di depan pc..huhuhu!! 8jam? 18 jam? 24jam?
Yang menakutkan ada kes orang yang terpaksa dibedah jari yang rosak sendinya, atau tulang belakangnya. Uuuu..teruk sangat obsesnya pada komputer.

Jadi berbloglah dengan sihat. Kesihatan jangan dilupa.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

9 Responses to “Internet Boleh Elak Nyanyuk/ Pelupa”

  1. Hasrol Nizam says:

    bahaya klu duduk mengadap komputer lama2..klu boleh slang seli dengan rehat @ jalan2.. -)

  2. nuriz says:

    setuju, rehatkan diri dan jugak komputer..komputer pun tau panas.

  3. miZz_nizZ says:

    maenla sudoku..best!mcabar..chess pn mnrik=)

  4. Mario says:

    betul tu,,,,kalau asik hadap je pun tak bole jgk…selain tak baik utk diri tak baik juga bila masa dah byk terbuang…lg best kalau dpt beriadah bersama keluarga…

  5. nuriz says:

    mantop mario hehe..beriadah keluarkan peluh dan bercampur dgn org jgk.

  6. hans says:

    bahaya mengadap laptop lama2
    nanti jaid macam den
    haaha
    insomia

  7. nuriz says:

    insomia mata dah merajuk tak nak tido huhuhu

  8. belalang hijau says:

    patut la belalang rasekan belalang semakin bijak dan encem sejak berblogging nih…
    (perasan jer ayat)
    kuikuikui…

  9. nuriz says:

    hehehe ada perubahan ke..bagus2

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold