Kenapa Orang Malas Nak Komen dalam Blog

Dulu saya tak ambik kisah orang nak komen ke tak nak komen ke. Tapi jika orang nak komen mesti entri tu bagus dan kita tak perlu nak suruh orang komen.
Sekarang Ada aku kesah?!!Cak Cak CAk !!! (jadi Azwan Ali lak) . Ye sekarang saya kisah le jugak tapi saya lebih mencari apa topik yang orang suka baca dan berilmu le baru orang suka baca ye dak?. hehehehe

Komen membina dan komen tak membina..ala-ala mcm AF ke ni atau pun macam Din Beramboi yang komen dalam Raja Lawak. Jika kita suka entri orang tu, mesti kita komen dengan ayat yang bagus kan. Jika kita tak suka kita nak mengata nak mngutuk ke? Rasanya nak menegur ada bahasa dan caranya jugak dan tidak menyakitkan hati orang kan.
 
Yang paling penting entri anda bagus dan ada nilai, menarik  boleh dikongsi dengan semua orang.Saya pun bukan penulis yang bagus, kadang menjadi kaku dan beku hingga orang meluat nak baca.

Kenapa orang malas nak komen di blog. Ye saya pun malas nak komen bila ada perkara-perkara yang begini:

1. Adanya   CAPTCHA- benda ni nak elakkan spam, nak memastikan org yang komen bukan mesin atau komputer. Kadang di fesbuk pun ada captcha ni dan kadang yang leceh bila tulisan dia memang tak boleh dibaca pun. dia pun tak pandai tulis huruf cemana kita nak kenal huruf pe. Leceh sungguh dan meluat!

Jadi nak memudahkan orang komen tak payah le letak captcha ni, takde spamnye datang ke blog kita.

2. Google Identity- menghadkan orang untuk komen, orang yang ada google id je boleh komen dan orang lain yang takde tak boleh le komen kan. Kalau nak bebas bagi orang lain komen so set kan comments tu kepada ananymous.

 
3. Meletakkan Emel dan captcha serentak. Bila nak komen keluar le pop up window mintak captcha dah tu mintak emel pulak. meremehkan betul. Payah sangat orang pun tak nak komen dah di blog tu kan.
Bagaimana kalau komen orang akan menyakitkan hati kita, senang je. Delete le komen tu. Orang yang memberi komen begitu mungkin cuma nak membuat kita beri perhatian pada dia, dan kita ignore je, senang cite. 

Kita boleh berusaha untuk menulis dgn baik kan? belajar belajar dan belajar menarik hati pengunjung…hehehe

Sekian entri kali ni.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

15 Responses to “Kenapa Orang Malas Nak Komen dalam Blog”

  1. imran says:

    Saya setuju dengan pandangan anda, terutama jika blog tersebut mewajibkan pembaca daftar google akaun untuk komen…

  2. ||| PöJìé PööH ||| says:

    Thanks for sharing..
    Saya xde semua tuh tapi xde org nak komen gak!
    HOw?
    Bukan xde tetapi xlaku!

  3. AISYAH HANI says:

    Memang betul pun segala benda tu menyusahkan je.. Saya pun tak suka tinggalkan komen kat blog yang ade mende remeh temeh ni…

  4. kak ina kl says:

    semua nak senang kan sekarang ni..tak nak menyusahkan diri..

  5. Alynn Notnot says:

    sbb tu sy x letak captcha. tkt org malas nk tggu. tp bg saya, kalau blog org tu ada captcha, saya still comment jgk. bnde ni brgantung kat individu jgk senanye.

  6. -afiera- says:

    btol .
    sgt tk ske !

  7. Kyuubi_85 says:

    ya betul.. aku sokong ko.. AKu tak suka 2 benda alah tu…

  8. .::tAk AdE pErAsaaN::. says:

    ahaha.. naseb x terase.hehe

  9. Zamz says:

    betul kalau boleh nak lagi senang hehe

  10. nuriz says:

    org kata woodpress lg senang komen,..ntahle

  11. zures says:

    yup…saya sendiri merasakan perkara tersebut. Payahkan bila nak komen siap nak kena ada tapisan (vw) lak. Kadang2 salah bagi word tu kena buat 2 3 x.

  12. Bo the Nerd says:

    bijaklah bro..
    terus orang rasa nak komen..

    http://www.boisanerd.blogspot.com

  13. nuriz says:

    im not bro huhu

  14. MofizPutra.com says:

    emm betul3.. sokong sangat2..klu ada kode kejadah tu, mcm malas je nk komen..huhuhuh

  15. ~NURUL~ says:

    haahhaha perkara ini juga menjadi entry diblog sy.. tp xterlampau detail macam akak! gud work! bagus2 suke2.. :)

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold