BAHASA "ORANG MARKETING"

(INI POST LAMA di PUBLISHKAN KEMBALI).New post di bawah.

Hari ni hari Jumaat, mesti kita nak duduk di rumah berehat rehat bagi yg cuti pada hari ni. Mcm sebelah utara ni. Hari ni jugak ramai ibu-ibu, bapa-bapa ada di rumah, ramai jugak orang buat nak duit lebih keluar pi buat “marketing jualan langsung” ke rumah rumah. Pi langsung ke rumah orang nak menjual barang tak kira le barang apa pun macam alat kosmetik ke, beg, kasut ke.

Ada jugak yang nak bagi hadiah percuma di petang hari. Hai…..bertuah badan bila pakcik yg tengah termenung di depan rumah sambil hisap rokok tetiba didatangi amoi cantik berjalan dgn payung nak mintak tumpang nak ke tandas sekejap, tapi ada agenda lain. Dia sebenarnya nak masuk rumah nak bagi kad gores menang kat pakcik tu yang dapat 1st prize….. kereta Wira lagi. Tapi amoi punya bahasa marketing mcm ni lebih kurang….

CERITA I

“Haaaaa!!! Taniah pakcik! Pakcik menang kereta ni…Haiyoo bertuah pakcik! (Amoi tu tunjuk ekspersi dia seronok, lebih seronok lagi dari pakcik tu(pakcik tu tak le terkejut mcm dia pun) dgn muka terkejut dia tu , digoncang tangan pakcik tu mcm nak tercabut, ucap tahniah. Punyala seronok amoi tu mcm le pak dia yang menang kereta.
Tapi malang bagi si Amoi tu bila makcik keluar tengok, amoi duk pegang tangan pakcik tu…bukan makcik jeles..tapi makcik tu tau dah taktik si Amoi tadi yang nak pekena pakcik.

Tanpa mukadimah lagi…si makcik pun keluarkan kata kata yang agak sedap didengar… “Maaflle cik…kami tak mau dah kereta apa pun, pakcik mata kelabu dah dia tak reti bawa kereta pun…lagi pun makcik tak suka gores gores ni, banyak yang tipu”.
“Haiyaaa makcik..ini betul punya talak tipu tipu punya”. Amoi tu terus jugak pujuk lagi dan lagi… sampai satu tahap makcik tu kata’ “Gini le cik, cik amik le kereta tu untuk cik, senang sikit, tadi cik mai jalan kaki je…tak le penat nanti kalau naik kereta”. Hehehe
Amoi tu blah dgn muka masam.

Kenapa pakcik tadi diam, pakcik pun sipi-sipi lagi nak termakan kata-kata si amoi tu…tapi diselamatkan oleh makcik. Pakcik tu lelaki jadi bila perempuan pegang tangan sambil pujuk pujuk jadi macam nak percaya jugak kata kata si amoi tu. Teknik marketing jugak kena pandai pujuk, selalu perempuan pandai pujuk lelaki.

————————————————————————————-

CERITA II

Cerita tentang orang jual penapis air pulak. Penapis H2O,bahasa saintifik sikit bagi makcik pakcik nganga dengar… pe kebenda H2O tu. Cerita ni di tempat lain, masa lain tapi hari mungkin hari cuti jugak hehehe….Sekarang macam macam jenama dah penapis air ni, harga pulak beribu riban, ada penapis 3peringkat, ada 6 peringkat.

Datangla si penjual penapis air cap XXX(takleh sebut), tengah makcik, pakcik duk minum air kopi, hai tak dan(sempat)jamah lagi kuih cokodok…bunyi salam..Assalammualaikum..(orang melayu pulak, bukan amoi le tu)…Rupanya ada 2 orang perempuan (perempuan jugak). Sorang dari 2org pompuan tu si pakcik ni kenal sebab dulu penah tinggal di kampung tu, tapi sekarang dah pindah tempat lain sebab dia mengajar(ooooo..cikgi rupanya) hai cikgi pun meniaga jualan langsung ke. Nak tambah duit poket, gaji tak cukup…

Ramai dah cikgu cikgi duk menjual penapis air tu, ada yang melabur puluh puluh ribu nak sertai jualan langsung tu. Ada yg buat loan. Ada kursus. Cikgi tak sibuk ke dgn keje di sekolah? Oh! cikgi kata takpa masa dan kerja boleh diuruskan. Kena le kerja kuat nak cover balik modal tu.
Lagipun cikgi kan pandai bercakap..pandai menerang, bercerita kat anak-anak murid di sekolah jadi cikgi gunakanla kebolehan bercakap tu di depan pelanggan-pelanggan.

Cikgi mulakan dgn langkah penuh mesra( gaya marketing kene jaga ye)
“Amboiii!! Cantiknya rumah pakcik, pandai makcik hias rumah”. Padahal rumah berselerak tak le kemas sgt.
“Makcik jawab, “Takle…biasa je”. Masuk la, kami tengah makan kuih ni, laksa pun ada cekodok pun ada. Dengan muka tak malu (orang marketing mana boleh malu)..Cikgi pun kata, “ Ooo!laksa ke, saya suka laksa tu”cikgi pun makan sambil sembang-sembang, sampai habis la laksa sepinggan. Cikgi pun minta air kosong sebab dia tak mau air kopi tu.
Cikgi dah minum, tapi cikgi tak buka cerita penapis air lagi pun.
Pakcik tanya, “ Mai dari mana ni, ada kenduri ka?” “ Cikgi jawab, “Tak..kami saja mai jalan jalan ni…ada bawa benda sikit..bukan apa…..(cikgi mulakan ayat marketing dia)..

Bla bla bla …dia ceritakan la dari A- Z apa benda penapis air tu boleh buat, dia tunjuk demo lagi, dia bawa keluar dari kereta dia gelas khas nak buktikan pada pakcik makcik yg penapis air dia bagus. Tak sama dgn penapis jenama lain.plumbum, toksid segala mcm nama bhn kimia yg pakcik makcik tak penah dengar seumor hidup pon dah didengar pada petang yg indah itu..
Cikgi kata bahaya duk minum air tak guna penapis ada keladak hitam ni..nanti masuk dlm badan kena penyakit kanser, kena sakit buah pinggang. Pakcik dgn makcik diam ja dgr Cikgi cerita…sebab makcik dgn pakcik tak tau nak pintas kata-kata cikgi yg mulut macam bertih jagung..laju dan lancar..Hai memang layak jadi penjual jualan langsung tanpa ragu ragu.

Pacik mencelah jugak… “Kami minum air sungai sampai sekarang..takpa pun.”
Uiii!! Air sungai dulu takpa air sungai sekarang lain byk toksid, racun, mata kasar kita tak nampak”.

Dalam hati pakcik ,kata, “Tadi dia teguk air kosong di dapur aku..takpa pun.Dia tak takut ke kena sakit buah pinggang pulak, tak bawa air botol dari rumah dia pun”.

Cikgi sambung lagi bahasa marketing dia, “Saya bukan apa, pakcik,makcik,…saya kesian bila saya pi berjalan di rumah-rumah merata tempat, saya niat baik nak bantu org jaga kesihatan dgn ilmu yg saya ada ni, nak kongsi dgn org …tapi org tuduh saya jugak…Saya bukan paksa orang beli. Saya bukan jenis paksa-paksa….cikgi sambung kisah dan pengalaman dia selama dia pi meniaga di rumah orang…

Ada anak pelanggan dia telefon, marah-marah dia, sebab duk paksa orang tua dia beli penapis air tu, padahal anak pelanggan dia pun cikgu jugak…hehehe..tu la kenapa tak tolong beli penapis air kat bapa. Last last anak pelanggan dia datang kat dia, mintak maaf sebab penapis air dia jual tu bagus.(Yang part ni aku tak berapa caya …heheheh)menang kat dia jugak bila sampai ending tu.

Bagus ye, cikgi..ada semangat memperjuangkan kesihatan warga-warga tua yg duduk di kampung-kampung yg usianya di ambang senja..Tapi kenapa ye, cikgi tak pi ke rumah warga-warga emas lain yg rumah nak terbalik, yang agak kurang berada, kenapa cikgi pi tuju ke rumah yang agak berada…hehehe sendirik pikirle.

Cakap-cakap punya cakap, demo punya demo…tak sedar dah nak dekat magrib..cikgi pun penat dah kot..pakcik makcik pun penat jugak telinga duk dengar..
Cikgi pun sudah sampai ke fasa memujuk pulak dgn bahasa marketing lagi…
“Saya tak paksa pakcik, makcik beli…kalau pakcik beli bagus untuk seisi keluarga pakcik biarla mahal pun tapi tak semahal harga penapis air jenama orang lain jual…kita ni nak mati biarla badan kita sihat jugak nanti kita tak menyusahkan orang lain. Duit boleh dicari, takpa kita beli untuk kita jugak”.

Dalam hati makcik “ Halau pun tak… nak cakap kasar pun tak..bila cikgi ni nak balik tak tau”.
Pakcik pun kata kat cikgi tu, “ Pakcik tak beli lagi kot sekarang ni..nanti pakcik pikir dulu, nanti nanti le kot”.
Cikgi pun senyum manis “ Emm… pakcik pikir apa lagi, nak beli untuk keishatan tak payah pikir panjang-panjang dah. Pakcik kata nanti-nanti tu… pakcik tak beli le tu..
Hehehe

Sampai ke sudah pakcik tu menepis dan menepis pujuk rayu cikgu tu yang pandai berbicara mcm burung murai…burung apa? Burung murai(ulang lagi 10kali).
Hehehe!!!!
————————————————————————————-

CERITA III

Cerita bahasa marketing nak jual kad kredit pulak. Senario ni selalu terjadi bila kita ada buat pinjaman dgn bank beli kereta ke apa ke..jadi bank ada rekod pelanggan dan bank akan buat marketing jugak melalui telefon. Mudah kan tanpa perlu jumpa pelanggan, orang marketing bank tu akan telepon aje.
Senario bermula bila Cik Siti(bukan nama sebenar..hehehe) tengah sibuk melayan pelanggan di kaunter sebuah syarikat(dirahsiakan nama jugak).

Cik Siti, kerja dia bahagian kaunter. Hari tu dia jawab satu panggilan dari sebuah bank yg dia buat pinjaman beli kereta.
Si pegawai pemasaran Bank XXX telepon Cik Siti…
“ Saya dari bank XXX, cik Siti ada akaun di bank ni kan..Saya nak minta cik Siti luangkan masa sekejap…sekejap je..Kami ada tawarkan satu servis untuk cik Siti…
Belum pun Pegawai Pemasaran bank tu cakap panjang-panjang, cik Siti mencelah, “Khidmat apa? Kad kredit ke..
“Haa betul! jawab pegawai pemasaran tu dengan ramah-tamah dan ceria (orang marketing kena selalu ceria dan semangat)… “ kami nak bagi tawaran khas…(tak habis lagi pegawai tu cakap)cik Siti kata,
“ Saya tak berminat la dgn kad kredit ni..saya tak mau la.” Cik Siti nak cut down perbualan tu tapi pegawai pemasaran tu cepat cepat pujuk lagi..
“Nanti sekejap cik..saya nak minta lagi 5 minit je sekejap je..5 minit je, boleh saya tau kenapa cik Siti tak berminat dgn kad kredit ni?
Dalam hati, cik Siti dah geram, hai…dia tanya pulak soalan berantai kenapa tak minat. Macam soalan minat artis mana , minat lagu apa, suka minuman apa.
Cik Siti jawab, “ Saya tak berminat sebab saya sedang sibuk sekarang saya tengah kerja ni, lagi satu.. saya tak minat sebab saya bukan suka berhutang.
Pegawai tu pintas, “ Cik Siti jangan silap faham, kad kredit ni bukan berhutang..kad ni lain…
Cik Siti potong cakap pegawai tu… “Lain apanya…beli dulu bayar kemudian bukan hutang ke…apa namanya kalau bukan hutang.
Cik Pegawai tu pun nak tergelak dah( dia pun nak tergelak sebab dia kena tempelak dgn Cik Siti)
“ Tapi kad kredit ni kami tawarkan interest lain, lebih rendah…bal..bla…bla..
Cik Siti pun kata’ “ Haaaa!! Yang tu saya tak mau, interest tu saya kena bayar pulak, hutang lagi kena bayar. Takpa la saya memang tak berminat. Saya ada kerja ni.
Cik pegawai tu pun sedar Cik Siti berkeras tak mahu jugak, jadi dia pun ucap terima kasih. Hehehehe!!

Begitulah ceritera tentang bahasa bahasa yang manis dari “orang marketing” ..memang dah kepakaran mereka kan nak jual barang kena pandai cakap..tapi kita sebagai pengguna perlu berhati-hati jugak agar tak tertipu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

2 Responses to “BAHASA "ORANG MARKETING"”

  1. Mr Kamikaze says:

    Gua pun pernah jadi cam kes yg ketiga..time sibuk keja tiba2 dpt pggilan cam tue..

  2. kejung says:

    dari aku kecik mmg x suke org buat marketing.kadang2 ayat mereka macam memaksa pelangan.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold