Resipi : Kek Coklat kegemaran ku

Resipi ni paling mudah dan bahan2nya tak le remeh sgt. Yg paling jimat ialah penngunaan telur ayam yg sedikit. Ada sesetengah kek kena guna telur byk sampai 6, 7 biji telur. Aku dah try byk kali kek ni dan terbukti jadi(aku tak kata aku pandai buat)hehehe..tapi lembut rasanya, byk kali buat org makan habis licin maka kek tu memang menjadi dan sebenarnya resipi ni pun kakak ipar aku yg bagi, dia amik resipi ni dr jiran dia masa dia stay di Sabah dulu. Ooo jadi dari Sabah bah.. kek ni asalnya.

Bahan2 pun disukat mengikut cawan tak payah pakai timbang tu nak tengok gram, kilo , oz la bagai kan… kita pakai sukat cawan je la sng sket..

Bahan bahannya:

2 cawan tepung gandum
3biji telur
1 cawan serbuk koko + 2ct nescafe
1 ct garam
1 ct baking powder
1ct soda bikarbonat
¾ cawan mentega
1 2/3 cawan gula halus
1 cawan air suam atau susu cokelat
Utk hiasan
300gm coklat masakan
½ tin susu cair creamer.

Cara-cara:
1. Pukul mentega dan gula hingga kembang
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul lagi
3. Masukkan air susu coklat berselang seli dengan tepung dan serbuk koko+nescafe/ serbuk kopi.
(Tepung td diayak dgn soda bikarbonat dan baking powder dan dicampur garam)

Hiasan : masak double boiler coklat masakan tadi dgn susu creamer hingga pekat dan sapu atas kek atau kepingan kek yg dibahagi 2 lapisan ( sesuka hati anda yg ini nak hias mcm mana)

Tips : Jangan buka secara mengejut penutup oven/ bekas bakar kek anda bila kek sudah masak, nanti kek yg naik elok elok tu akan ranap. Seeloknya dibiar sekejap baru buka penutup tu.

Coming soon mungkin resipi Kek Oren plak (kalau aku rajin buat kek lagi hehehe)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold