Orang Minyak di tengah jalan


Satu lagi kisah lucu tp ni terjadi pada abang dan kakak aku masa kecik kecik dulu dan aku masa tu mungkin masih dlm buaian dlm tahun akhir 70 an. Masa tu rumah kami takda tv, tak mampu nak beli walaupun tv hitam putih, pada masa tu sgt mahal le kiranya.Kami bukan org berada jadi kalau nak pi tgk drama ke filem melayu kena le pi bertandang di rumah jiran yg ada tv.Kalau filem melayu start awal lepas magrib kakak dan abang aku makan nasi siap siap,solat magrib then berlari le pi ke rumah jiran dgn muka tebal buat buat tak malu.Pi mengaco org tengah makan malam( nak tgk filem melayu punya pasai)

Dah sudah tgk tv, hari pun dah lewat malam, biasanya filem abis pukul 11 mcm tu.Masa pi tadi tak takut tapi bila nak balik rumah dalam gelap gulita tu mesti le mcm mcm bermain di otak pikiran, tambahan budak budak lagi, taku hantu kejar le apa lagi.
Masa tu pun ada cerita hot pasai orang minyak le hantu raya le.Jd mestila menggigil nak lalu dlm gelap tu.Jarak rumah jiran tu pulak selang 3 buah rumah jgk le.

Abang dan kakak aku pun dah set awal awal,”sat lagi kita lari lepas aku kira 1, 2, 3″ apa lagi abang dgn kakak aku pun berlari sekuat hati tanpa toleh kiri kanan dah, memang kalah jaguh pecut negara le kalo di trek tu hehehehe!begitula diorang buat bila balik dr rumah jiran tapi pd malam tu ada satu insiden terjadi…

Abang dan kakak aku balik mcm biasa,sesampai di satu corner, tak la corner lipat sangat , kona sedang2 ja, abang aku ternampak satu lembaga hitam merlit(bersinar sinar)samar samar je nampak dlm gelap tu, sedang bergerak gerak’ tapi abang aku tak sempat nak membrek dah pecutan dia tadi, sama le kakak aku pun lari ikut di belakang pun tak mampu nak slowkan larian dia hehehe!tapi abang aku sempat jugak tanya kakak aku( dalam masa diaorang berlari pecut tu),
” Apa tu di depan kita bergerak gerak berkelip kelip ja?
“kakak aku jwb,” mana nak tau”

Dalam masa berlari tu, tanpa disedari jarak diaorang dah semakin dekat dgn lembaga tu
Maka, terjadi lah satu pertembungan yg dasat(momentum kelajuan tak boleh slow dah) diikuti dgn teriakan dr lembaga hitam dicampur dgn jeritan dr abang dan kakak ku “Adoiiiiii!!” pakat beradoi belaka la.
BUnyi pun bising mcm ada benda loceng bunyi beskal pun ada.

Rupanya yg hitam merlit bersinar tadi tu ialah orang bukan orang minyak, nama dia di kampung tu kami panggil Pak Chen (nama asal Huseein Mat Tok)dia ni berkulit gelap, kebiasaan dia memang dia tak suka pakai baju sebab keja dia di kilang padi.Pak Chen ni suka bertandang ke rumah datuk aku yg dekat jugak dgn rumah aku, dia suka besembang dgn datuk aku.Kepala dia licin botak merlit bersinar.Jadi bila dlm gelap memang lah tak nampak langsung le. yg bersinar tadi tu cuma cahaya bulan sikit sikit duk terbias dgn handle beskal dia dan jugak kepala dan badan dia yg merlit.

Oleh kerana mlm tu dia pun dah nak balik bertembung pulak dgn abang dan kakak aku di corner tu, maka jd le excident.

Sambungan td…..
Abang dan kakak aku pun balik dgn sakit sakit badan lebam tu memang le ada tapi masih boleh duk gelak lagi sebab terkenang lembaga hitam yg bersinar di mlm hari, esok pg nampak le kat mana lebam tu…begitulah kisah orang minyak hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold