RESIPI ROTI MARIAM


Roti Mariam

Menu ni dinamakan Roti Mariam ( bukan Mariam Belina)asal usulnya tak tau le mungkin dr nama pencipta yg pertama resepi roti ni kot….tapi dilihat bentuknya seakan-akan mcm roti dr Arab. Rasanya? Bila aku rasa memang sedap le, semua ahli keluarga aku suka dan mkn sampai licin…bila pekena dgn kuah kari daging ke ayam ke ikan ke memang pasangan secocok le..budak budak pulak suka cicah dgn susu pekat manis tu. Ni la resepi Roti Mariam , kalau nak rasa kena cuba buat.

ROTI MARIAM

4 cawan tepung gandum
2sb minyak sapi
1 bj telur
Sedikit garam
Air secukupnya

Cara- cara:
1. Tepung dicampur garam.
2. Uli tepung gandum dgn minyak sapi, telur dan air ditambah sikit demi sedikit sehingga jadi doh. Teksturnya seperti doh karipap.Jgn keras sgt jgn lembut sgt (agak agak sendiri le tu)
3. Buat bulat bulat(mcm buat karipap jgk) dan tekan atau canai sederhana nipis.
4. Goreng dlm minyak yg byk .Bila menjadi roti tu nanti akan kembung atau buncit tp yg tu paling lawa hehehe..biar warnanya jd kuning keemasan.

Boleh dimakan dgn sardin, kuah kari atau dicicah dgn susu(pendek kata ikut selera perut sendiri le).

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold