PENCIPTA MALWARE SAMA SAMA BERSAING DGN PENCIPTA PERISIAN KESELAMATAN DAN TIADA PENGHUJUNGNYA

Macam tajuk file aksi je atas tu..ye pada hakikatnya memang tiada penamat kerana virus worm, trojan, spyware, adware, backdoor, keylogger rootkit dan seumpamanya sentiasa mengancam PC kita.
Kita Cuma tersedar bila PC kita semakin slow , muncul ralat file gagal dibuka atau folder tersorok dgn tiba tiba kerana ancaman Malware yg mampu menyusup.

Malware ni ialah perisian yg direka khas utk memsuki secara diam dan merosakkan PC tanpa kita sedar. Namanya terhasil dr gabungan ‘malicious’ ertinya niat jahat dan ware di belakang dr sotfware le iaitu perisian.

Ia dicipta oleh org yg ‘berilmu tp jahat’ takkan org baik pulak kan. Tujuan utk mengganggu org bg org naik darah marah dlm erti kata lain menyusahkan hidup org lain(tak de keje lain depa ni) dan satu lagi utk mencuri data, duit dan maklumat org.
Jd lebih mudah kita sebut je Malware ni virus jahat nama umum bg virus2 yg tergolog dlm angkatan cecacing, kuda trojan, spyware, dan adware.

Sjarahnya Malware tu dicipta utk tujuan mengkaji dan sbg percubaan utk uji kemahiran PC tapi ada mahkluk yg belajar programming telah jadikan ia virus ancaman.

APA YANG KITA PERLU TAHU TENTANG MALWARE
1.Ia mempunyai pelbagai variasi, iaitu ia telah meluaskan empayar kpd ratusan trojan, bots, worms dan yg agresif ialah adware, semua ada corak dan cara serangan berbeza beza.

2.Sukar dikesan- semakin byk perisian semakin cekap malware ni dicipta dr segi serangan dan penyamaran.

3.Rangkaian sosial menggalakkan penyebarannya- myspace, You Tubeantara laman web yg membuka peluang ni kerana kita terdedah pada link atau pautan pd ruangan forum dan sembang di talian dgn hanya klik pada video kita telah melancarkan Malware.
4.Meneruskan Serangan pada pengguna opersai Windows Vista, MacOs X , Routers,dan enjin pencarian.

5.Maklumat peribadi terdedah dan prestasi PC jd lembab.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold