DIGITAL CAMERA SEMAKIN CANGGIH

Sekarang harga digital camera dah semakin murah, yg paling rendah dlm RM499 je dgn 7.1MP malah size pun semakin kecil dan nipis. Semua dah tahu guna kamera digital mudah dan trend sekarang semua dah ada kamera digital tapi bg sesetengah jurufoto profesional mereka masih suka guna kamera berfilem.

Harga dan Megapixel : Kamera yg kurang 6MP boleh dapat dlm RM299 hingga RM 499
Manakala 7 atau 8 megapixel dalam RM599- RM799
Ada jgk kamera 8MP mempunyai kemudahan WiFi dan memory yg besar sehingga 4GB.

Kamera DSLR pulak mahal sikit drp kamera digital SLR yg harganya dlm RM1999 hingga RM27,000.Wow!dasyatnya. Megapixelnya pun besar dlm 10 hingga 12 mpxl

Tiga jenama yg popular dgn DSLR ialah Canon,Sony, Nikon dan Olympus.

Sony ada DSLR yg sudah keluar bermula dgn nama Sony Alpha, Canon pulak dgn nama EOS. Harga compact DSLR ni dlm RM 1900 atau lebih

Disebabkan kamera semakin canggih maka pengguna selalu akan simpan saja gambar2 dlm kamera atau dlm PC dan malas dah nak ke kedai cuci gambar. Kedai Ah Chong cuci gambar filem tu pun mungkin akan tutup nanti menjelang 2012.

Pembeli kamera digital pun nak aksesori tambahan lain seperti lensa, bateri, lampu flash memory card dan tripod.

Berkongsi Gambar
Pengguna akan semakin suka upload gambar di web di blog oleh para blogger (termasuk aku) hehehe oleh itu ciri ciri yg semkin dikehendaki ialah perkongsian talian sambungan WiFi & bluetooth

Dijangkakan nanti kamera digital semakin pintar mampu mengesan wajah, kelipan mata, anti gegaran, perakam yg bijak dan mod pemandangan automatik.

Pembeli Kamera digital: Pembeli yg terdiri drp wanita, remaja , golongan pembeli pertama iaitu yg baru membeli dan golongan pembeli yg mahu menukar kamera lama kepada yg baru akan semakin ramai dan paling penting harga bukan jd masalah bila semakin murah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold