Tunang Tunggu Penjelasan Shahrizal Jaszle

Tunang kepada Shah Jaszle, Redzwani Puteri mengesahkan dia bukanlah wanita yang ditangkap khalwat oleh Bahagian Penguatkuasaan JAIS (Jabatan Agama Islam Selangor) bersama aktor kacak itu di Apartment Taman Sri Subang pada jam 3.30 pagi, Khamis lalu.

Malah, Redzwani Puteri atau lebih mesra dengan panggilan Wani akui terkejut selepas mendapat tahu tentang berita tersebut.

JAIS Sahkan Sharizal Jaszle Ditangkap Khalwat

Semalam dunia seni tempatan dikejutkan dengan berita mengenai seorang pelakon lelaki popular yang ditangkap khalwat. Dari hint hint yang diberi ramai telah meneka siapa pelakon lelaki yang pernah bertunang dan juga pernah bercinta dengan wanita berusia darinya. Hari ini berita melaporkan pihak JAIS telah mengesahkan pelakon tersebut ialah Shahrizal Jaszle.

petikan berita

Afiq Muiz Dedah Ibunya Halau Dia Dari Rumah

Apabila ibu kepada Afiq Muiz,  Hasliza Mohd, 48 mendedahkan yang anaknya kini sudah keluar dan tinggal berdikari tanpa keluarga serta berubah sikap menjadi anak derhaka, Afiq,20 ,  juga membuat sidang akhbar menjelaskan pada media yang dia tidak membuang keluarga tetapi dia dihalau oleh ibunya dari rumah.

Ibu Afiq Muiz Anggap Afiq Anak Derhaka

Dunia hiburan negara digemparkan dengan pendedahan ibu kepada pelakon baru Afiq Muiz (yang dikenali melalui drama Mimpi Cinderella. )Ibu Afiq HAsliza Mohd, 48, menganggap anaknya itu sudah berubah dan jadi seperti anak derhaka. Dipetik dari mstar online dan laman web gua.com.my, ibu Afiq mendedahkan yang anaknya itu telah keluar dari rumah dan tinggal sendiri dan membuang keluarga.

Video Panas Sharifah Sakinah Pulak

Menerusi laman Keek Anzalna beberapa jam yang lalu, seorang pelakon wanita yang juga pelakon drama bersiri Bunga Merah Punya, Sharifah Sakinah , adik kepada Sharifah Shahira telah memuat naik rakaman video yang sedikit sebanyak menimbulkan pelbagai spekulasi yang kurang enak.

Wajah Sharifah Aini Berubah Bukan Sebab Botoks

Wajah penyanyi Datuk Sharifah Aini aka Kak Pah dilihat berubah dan ada yang mendakwa  wajahnya berubah kerana menggunakan botoks, namun penyanyi berusian 59 tahun itu menolak dakwaan mengenai pengambilan botoks. Kata Kak Pah, dia tidak menggunakan botoks tetapi kesan terhadap pengambilan steroid secara berterusan ekoran mengalami jangkitan paru-paru enam bulan lalu.

Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold